Ujian Nuklear Korea Utara 8 Kali Lebih Kuat Daripada Nuklear Di Hiroshima..

Seperti yag kita sedia tahu, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong Un sering kali membuat ujian mengenai nuklear. Namun begitu, ujian nuklearnya kali ini pastinya menarik perhatian US.

Menurut Menteri Pertahanan Negara Tomohiro Yamamoto,  ujian nuklear Korea Utara pada Ahad lepas adalah 8 kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 1945. Kekuatan letupan adalah diangarkan sebanyak 120 kiloton manakala bom yang digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima pada 1945 mempunyai kekuatan sebanyak 15 kiloton.

Anggaran itu dikeluarkan selepas menjalankan semakan terhadap jangkaan awal sebanyak 70 kiloton yang dikeluarkan sejurus selepas letupan berlaku.

Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Nuklear (CTBTO) mengumumkan bahawa angaran ujian nuklear berkenaan boleh menyebabkan gempa buatan sekuat 5.8 magnitud pada skala Richter.

Namun begitu, beberapa pegawai berkata, magnitud mungkin boleh mencecah sehingga 6.0. Jika magnitud berada pada 6.0, kekuatan letupan dianggarkan berupaya mencapai 120 kiloton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *