“Umur 19 Tahun Saya Dah Rasa Kekayaan Tapi Tak…” – Yusof Azmi PPIM

Baru-baru ini, nama Yusof Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semakin tular dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan sikap beliau yang lantang bersuara dalam memperjuangkan hak golongan yang ditindas disebabkan kes menipu baru-baru ini melibatkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.

Namun, tahukah anda, disebalik semua itu, saudara Yusof Azmi juga mempunyai cerita tersendiri mengenai zaman silamnya.

Menurut video ceramah beliau baru-baru ini, dia telah menyatakan bahawa dia telah mempunyai kekayaan seperti yang semua orang idamkan, bahkan dia perolehi semua itu semasa di usia yang masih muda, iaitu 19 tahun!

Akan tetapi, beliau menambah, di sebalik kekayaan tersebut, semua benda tersebut tidak menjamin kebahagiaan hidup.

 

“Saya pernah memiliki duit sehingga berjuta ringgit dan memakai kereta Ferrari seawal umur 19 tahun. Tapi saya tak pernah merasa bahagia,” Yusof Azmi.

 

Kesimpulannya, memiliki harta benda yang banyak pun tidak akan menjamin kebahagiaan yang anda inginkan, kerana bukan semua benda boleh dibeli dengan wang.

 

Berikut merupakan video ceramah saudara Azmi Yusof mengenai perkongsian hidup beliau.

Be the first to comment on "“Umur 19 Tahun Saya Dah Rasa Kekayaan Tapi Tak…” – Yusof Azmi PPIM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*