Video – Jamal Yunos Mengamuk Gara-Gara…

SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di Hadapan Pintu Masuk Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Beliau membuat tindakan dengan memecahkan kira-kira 100 botol-botol arak tanda memprotes Pesta Arak 2017 yang dijangka diberikan kelulusan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada bulan ini.

Jamal, atau lebih dikenali sebagai “Jamal Jamban” oleh Netizen, hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi. Tegas beliau, pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.

 
“Jika hendak minum, minumlah di rumah tidak payah mengadakan pesta,” kata Jamal.
Selepas selesai memecahkan kesemua botol-botol arak tersebut, Jamal meninggalkan tempat tersebut dan membiarkan orang lain yang membersihkannya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor telah menyatakan hasrat untuk memberikan kelulusan kepada ‘Pesta Arak 2017‘ pada bulan oktober ini jika penganjur mematuhi undang-undang yang telah disediakan.
Namun perkara ini telah dibantah oleh beberapa individu dan juga NGO kerana Pesta Arak tersebut hanya akan mengakibatkan kerosakan akhlak dan minda masyarakat yang mengikuti pesta tersebut.
Berikut video beliau memecahkan botol-botol tadi:-

One Reply to “Video – Jamal Yunos Mengamuk Gara-Gara…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *