[Video] Mas Idayu Mengamuk Saat Mengkritik, Disebabkan Persembahan Kurang Baik Dari Baby Shima.

Menerusi program realiti tv D’ Academy Asia 3 yang berlangsung di Indonesia semalam, Mami Mas Idayu dilihat begitu agresif saat mengkritik persembahan Baby Shima..

 

Video persembahan Baby Shima

 


 

Menerusi persembahan Baby Shima itu, Mami Mas Idayu kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan beliau yang dikatakan terlalu banyak kesalahan didalam persembahan beliau. Seolah-olah Baby shima tidak menerapkan ilmu yang selalu beliau bertanya kepada Mami Mas Idayu sebelumnya.

 

kritikan Mami Mas idayu tersebut adalah positif untuk mendidik anak Malaysia untuk berjaya. Perhatikan mungkin cara beliau sedikit tegas sebagai seorang pengkritik tetapi itu mungkin cara beliau supaya Baby Shima akan ingat segala pesanan dan teguran beliau selepas ini. Ini juga kerana Baby Shima menjadi salah satu harapan Mami Mas Idayu agar berjaya di Akademi tersebut dengan menggalas nama Malaysia.

 

Berlaku sedikit pertengkaran juga  diantara Kak Ros dan Mami Mas Idayu. Apa yang Kak Ros lakukan dikatakan seperti ingin membuat Mami Mas Idayu dibenci kerana kritikan tegas beliau.

 

Kerana kritikan tegas Mami Mas Idayu ini juga, mendapat banyak kecaman dari netizen yang mungkin tidak memahami tugas Mami Mas Idayu di pentas D’ Akademi Asia 3.

 

Anda boleh nilai sendiri melalui video dibawah.

 

Video kritikan Mas Idayu terhadap Baby Shima dan sedikit pertengkaran Mas idayu dan Kak Ros

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *