Video Proton Saga ‘Nakal’, Civic Pun Dia Nak ‘Tapau’

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negarasebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Siapa yang memandu saga, tiada masalah memandu kereta lain

Quote ini dinyatakan kerana pengendalian saga yang agak liar kereta sistem suspensinya tidak secanggih kereta pada masa kini. Tambahan pula, sistem brek saga masih menggunakan sistem brek yang kuno tanpa penambahan seperti Hill assist, Electronic Stability Control (ESC), Antilock Braking System (ABS) menjadikannya kereta yang dipandu berdasarkan naluri pemandu itu sendiri.

Amaran :Memandu secara berbahaya akan mengundang bahaya pada pengguna jalanraya yang lain. Pandu dengan selamat, ingatlah orang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *