(Video) Rating Episod Runningman Paling Tinggi. Peminat Runningman Mesti Tau Setiap Episod ni..

Peminat setia program realiti TV dari Korea semestinya tahu dan senantiasa mengikuti perkembangan RunningMan. Program Tv ini senantiasa akan menyajikan gelak ketawa melalui gelagat pelakonnya dan aksi permainan yang menyeronokkan.

Program ini mula bersiaran pada 11 Julai 2010 dan kini sudah ditayangkan di beberapa negara luar Korea Selatan.

Program ini pada mulanya membariskan Yoo Jae Suk, Gary, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Jong Ki dan Song Ji Hyo sebagai pelakon asal kemudiannya pelakon Song Jong Ki telah menarik diri daripada program tersebut.

Setelah itu, program tersebut diteruskan dengan 7 orang pelakon dan menjadi terkenal di serata negara. Namun begitu, pada 5 Oktober 2016, Gary telah meninggalkan program tersebut. Ramai peminat setia sangat rindukan gelagat Kang Gary.

Jom kita tengok rating episod paling tinggi dalam program TV Runningman. Rasanya ramai akan rindu Kang Gary..:-

Part 1

Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *