[Video] Reaksi Orang Jepun Sendiri Melihat Rakaman Logan Paul Mengenai Hutan Aokigahara

Jujur sebenarnya admin sendiri pun bukan kenal mamat ni. Tapi disebabkan kecoh baru-baru ini mengenai Logan Paul telah membuat rakaman mengenai Hutan Aokigahara, barulah admin mula mengenal siapa gerangan mamat ni.

Logan Paul, berumur 22 tahun, berasal dari Ohio, Amerika Syarikat merupakan seorang vloger terkenal melalui chanel Youtube beliau, iaitu Logan Paul Vlogs.

Sebelum ini, beliau telah mengupas banyak kejadian-kejadian melalui penyampaian video.

Akan tetapi, suatu yang tidak dijangkakan telah menyebabkan tercetusnya idea beliau untuk merakam sebuah video berlatar belakangkan Hutan Aokigahara, Jepun.

Untuk pengetahuan anda, Hutan Aokigahara terkenal dengan tempat untuk ‘membunuh diri’. Maksudnya, orang yang pergi ke hutan tersebut tidak lain tidak bukan dengan berniat untuk menamatkan riwayat masing-masing dengan membunuh diri.

Setelah video yang berdurasi 15 minit itu tersebar malam sebelum Tahun Baru (New Year’s Eve), ramai yang telah mengecam Paul Logan, termasuklah Youtuber seperti PewDiePie, artis-artis kenamaan, dan ramai lagi.

Sejurus selepas itu, Logan Paul telah memuat naik video mengenai beliau memohon maaf kepada semua, kerana beliau tidak menyangka akan mendapat kritikan yang negatif.

Lain pula yang berlaku di negara Jepun sendiri. Jom kita tengok bagaimana reaksi rakyat Jepun apabila ditanya pendapat daripada video tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *