Video Safiq Rahim Lepas Geram Dan Komen Dari Netizen Terhadap Beliau Apabila Mencarut ‘Haters’.

Kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) telah membanggakan lagi negeri johor selepas muncul juara Piala Malaysia TM 2017, dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

 

kemenangan itu dinikmati dengan kemerian yang sangat gembira bagi kesemua pemain serta penyokong-penyokong Johor Darul Takzim (JDT), Namun, Syafiq Rahim pula meraikannya dengan cara berbeza dengan melepaskan geram kepada ‘haters’. Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial tersebut, kapten JDT itu dilihat menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada ‘haters’.

 

Menerusi perkongsian oleh laman sosial Facebook Sukan Star TV, pelbagai komen telah dikongsi oleh netizen. Ada netizen yang tidak menyalahkan Safiq dan menganggap pemain tersebut mungkin tertekan dengan caci maki dilemparkan haters kepadanya sebelum ini. Tidak kurang juga yang berpendapat, Safiq tidak sepatutnya bersikap sedemikian kerana itu mencalar kredibilitinya sebagai kapten pasukan.

 

Antara Komen Netizen

 

 

 

 

 

Sejak video dimuat , video tersebut telah ditonton sebanyak 631 ribu kali dan dikongsi lebih seribu pengguna laman sosial. Video tersebut juga telah menerima lebih 7,500 reaksi daripada pengguna laman sosial dengan 3,100 komen.

 

 

JDT menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 apabila menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

 

Sumber Video : Sukan Star TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *