(Video) Sel Kanser Takut Dengan Bawang Putih Dan Tertarik Kepada Emas? Penipuan Terbongkar! Doktor Tersebut Kata Mempunyai Tujuan Tertentu..

Video tersebut sebenarnya telah viral di Facebook dan Whatapps sejak Isnin lalu dan telah mendapat lebih 400,000 tontonan dan share.

Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor turut menyifatkan bahawa video tersebut adalah MENGARUT dan merupakan satu bentk penipuan untuk memperbodohkan  akal manusia.

“Apabila seseorang itu dibedah dan kanser dikeluarkan daripada tubuh badan, sel kanser berbentuk ketulan yang dikeluarkan akan mati serta-merta kerana terputus bekalan darah dan nutrien daripada pesakit.

“Sebab itu apabila pesakit meninggal, sel kanser yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit juga akan mati. Jadi video itu jelas menunjukkan satu penipuan,” katanya melalui kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, selepas pembedahan, kesemua ketulan kanser akan dimasukkan ke dalam formalin untuk dibekukan lalu diserahkan kepada makmal patologi untuk pemeriksaan dan tidak sedikitpun akan diberikan kepada pesakit atau waris.

Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor yang juga Presiden Malaysian Gynaecological Cancer Society (MGCS) turut berharap agar video tersebut tidak lagi disebarkan dan dijadikan pengajaran agar tidak tertipu di masa akan datang.

Menurut Pakar Runding Kanan Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata video tersebut mungkin digunakan sebagai strategi pemasaran dalam bidang perubatan oleh orang-orang tertentu dan berharap agar orang ramai tidak mempercayai video tersebut secara bulat-bulat.

Beliau turut menambah,

“Pada saya, satu peratus mungkin benar kerana objek itu boleh jadi organ manusia atau haiwan yang bertindak balas dengan bahan yang tertentu. Tetapi jika didakwa sel atau tisu kanser, jelas ia satu penipuan.

“Mustahil tisu kanser berbentuk begitu dan boleh bergerak seperti itu kerana ia bergerak hanya di dalam badan dengan cara menjalar iaitu merebak melalui darah,” katanya.

Bagi Pakar Perunding Perubatan Paliatif Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Sheriza Izwa Zainuddin berkata, sel memerlukan nutrisi, oksigen dan persekitaran yang sesuai dan optima untuk bertindak balas.

Dr Sheriza Izwa Zainuddinturut menambah bahawa sel tidak boleh hidup di luar badan manusia dan tidak mampu hidup lama jika berada di persekitaran yang tidak sesuai dan bukannya seperti bergerak seperti yangberada dalam video tersebut.

Sumber: Harian metro (https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/281908/sel-kanser-atau-sos-tiram-metrotv)

Jom tengok video tersebut.

Akhir video menunjukkan cara nak buat “sel kanser”..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *