Video Tanpa ‘ESC’, Gerenti Kereta Pusing

ESC ataupun nama penuhnya iaitu Electronic Stability Control semakin terkenal sebagai salah satu ciri wajib kenderaan moden pada masa kini. Ini kerena dengan fungsi ESC, kereta dengan ‘bijaknya’ akan mengimbang sendiri kelajuan tayar yang terlebih laju dengan sendirinya. Fungsi ESC ini sangat penting ketika mengambil selekoh tajam atau mengelak lubang secara tiba-tiba. Namun, tidak dinafikan, fungsi ESC juga mempunyai keburukannya yang tersendiri. Contohnya jika anda tersangkut di lumpur. Anda perlu mematikan terlebih dahulu fungsi ini untuk membolehkan anda keluar daripada lumpur tersebut.

Dalam video dibawah, kelihata seolah -olah kedua kenderaan ini sedang berlumba. Satu kereta tidak mempunyai ESC (Saga) dan sebuah lagi dilengkapi ciri ini (Iriz). Amaran kepada semua pengguna jalanraya. Elakkan berlumba atau menduga kelajuan di jalnraya awam. Perbuatan anda bukan sahaja membahayakan diri anda sendiri, namun turut merisikokan nyawa pengguna jalnraya yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *