(Video) Zizan Dikatakan Menyindir Gelaran Datuk Hans Isaac Ketika Mengacara FFM

Berikut adalah video yang dikatakan Zizan semasa menajdi pengacara FFM menyindir gelaran Datuk Hans Isaac.

 

Berikut  adalah petikan akhbar dari Mstar Online. Dan di akhir artikel disertakan video tersebut.

 

======

 

PELAKON Datuk Hans Isaac benar-benar kesal dengan eleman gurauan hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak yang dianggap keterlaluan.
Menurut Hans, 46, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak seharuskan membuat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.
“Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

“Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.
“Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,” kata Hans ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
“Saya Tidak Gurau Keterlaluan” – Zizan Razak

Hans diminta mengulas statusnya di Instagram miliknya sebaik sahaja FFM29 tamat yang antara lain mempersoalkan kredibiliti Zizan sebagai hos acara itu.
Selain Hans, pelakon Datuk Eizlan Yusof juga turut terkena gurauan serupa.

Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.
Zizan Razak menjadi hos FFM29.

Kata Hans, dia hanya mempertahankan rakan-rakan industri yang juga membawa gelaran yang sama.
Tambahnya lagi, gelaran tersebut diterima atas usahanya sendiri selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.
“Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.
“Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.

“Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hans memberitahu Zizan ada menghubunginya sejak malam tadi namun dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat menerima apa yang dilakukan kepadanya itu.

“Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.
“Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan,” Kata Hans.

Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu bersama dua orang selebriti iaitu Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Ziela Jalil.
Dalam pada itu Eizlan tidak dapat mengulas perkara yang sama kerana sedang sibuk semasa dihubungi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *