Viral – Gambar Pramugari Ini Sedang Melakukan…

Mana-mana pekerjaan yang dikaitkan dengan pramugari, persepsi awal masyarakat adalah individu yang mempunyai pekerjaan seperti ini hendaklah mengenakan pakaian yang seksi sebagai syarat utama untuk bekerja dalam industri ini, dan ianya mengikut peraturan yang telah ditetapkan mengikut industri penerbangan masing-masing.

Namun, setelah melihat dua keping gambar ini, ternyata mereka juga masih mengingati Tuhan Yang Maha Esa, menunaikan ibadah solat, walaupun semasa bekerja di dalam kapal terbang yang tengah terbang di awan!

Apa yang telah dilakukan oleh pramugari tersebut haruslah dipuji, kerana walaupun dia berpakaian seksi kerana tuntutan kerja, namun perkara tersebut tidak menghalang perempuan tersebut daripada melakukan ibadah solat. Hal ini kerana, soal syurga dan neraka bukan kita yang tentukan atau melabel individu tersebut. Sebelum kita mengutuk orang lain, cerminlah diri sendiri, adakah kita telah berbuat perkara yang baik dan menyenangkan mana-mana pihak, atau yang sebaliknya?

Tepuk dada, tanya selera.