VIRAL – Pemuda Cina Ini Sedang Melakukan…

Malaysia dikenali di mata dunia oleh sebab kepelbagaian masyarakat. Penduduk Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, dan lain-lain.

Dan sebab itulah yang membuatkan Malaysia dikenali oleh negara lain disebabkan keharmonian masyarakat dalam hidup sebumbung tanpa membezakan bangsa mahu pun kepercayaan masing-masing.

Terkini, tular sebuah gambar mengenai seorang pemuda cina ini sedang melakukan perkara ini.

Walaupun semasa hujan lebat, tetapi atas dasar kasihan terhadap orang yang lebih tua dan lebih memerlukan bantuan, seorang pemuda cina ini sanggup membiarkan dirinya basah lencun semata-mata menolong orang tua tersebut untuk sampai ke perkarangan masjid dengan selamat.

Bukan itu sahaja, remaja cina tersebut turut menutup kepala orang tua tersebut agar tidak terkena hujan. Sungguh mulia perkara yang dilakukan tersebut!

Semoga perbuatan tersebut dicontohi oleh kita semua. Walaupun kita berbeza agama, bangsa dan umur, namun itu semua tidak akan menjadi penghalang untuk membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *