VIRAL – Tengah Sesak Di Jalan Raya, Perbuatan Wanita Itu Dipuji Kerana…

A GrabBike driver rides on his motorbike in Jakarta, Indonesia, Monday, July 24, 2017. Japan's Softbank and China's top ride-hailing firm Didi Chuxing are pouring $2 billion into the latest round of financing by cash-hungry Southeast Asian taxi app Grab. (AP Photo/Tatan Syuflana)

Kota metropolitan Jakarta sememangnya dikenali dengan kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Kejadian ini viral dan berlaku pada bulan Ramadan yang lalu, tahun ini juga, ketika kesesakan lalu lintas kerana waktu tersebut orang ramai dari tempat kerja bergegas ingin pulang untuk berbuka puasa.

 

Namun, kejadian yang mengejutkan ini berlaku pada bulan tersebut. Seorang pembonceng wanita sedang membaca al-Quran menarik perhatian orang ramai, bahkan menjadi tular di media sosial.

 

Gambar tersebut telah diambil dan dimuat naik oleh seorang individu ke dalam Instagram dengan caption:

 

“Jadi ceritanya barusan lewat Pondok Indah. Harusnya yang bawa motor itu ibu itu dan yang jadi penumpang bapak itu. Mungkin karena simpati, jadi bapak itu yang bawa motor dan ibu ojeknya jadi penumpang. Sepanjang jalan dari Poins Square ke Gandaria City saya lihat ibu itu terus saja baca Quran. MasyaAllah masih ada orang2 seperti mereka. Hebat.”

 

Sejurus selepas gambar viral tersebut, netizen melahirkan rasa kagum kerana disamping mencari rezeki, namun wanita itu tidak lupa untuk beribadah. Malah, yang bukan beragama Islam juga berasa kagum dengan perbuatan wanita tersebut.

 

Menurut cerita, wanita di dalam gambar itu dikatakan seorang penunggang Grab Motosikal dan telah mengambil seorang penumpang di Pondok Indah di Jakarta. Namun, atas dasar simpati dengan wanita berkenaan, penumpang tersebut telah mengambil keputusan untuk menunggang motosikal itu dan wanita yang berkerja sebagai penunggang Grab itu menjadi pembonceng.

 

Setelah itu, wanita berkenaan itu pula mengambil kesempatan ketika meredah kesesakan di jalan raya dengan membaca al-Quran seterusnya diberi pujian dan dikagumi oleh para netizen.

 

Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian, kita hendaklah memberi kelapangan masa untuk beribadah kepada Tuhan, seperti contoh menurut kisah ini, walaupun dalam keadaan lalu lintas yang sesak itu tiada apa yang dapat menghalang wanita tersebut untuk meluangkan masa membaca al-Quran.

 

Perbuatan wanita itu sekaligus melahirkan keinsafan oleh kerana sesibuk mana pun pekerjaan seseorang itu, ianya tidak harus dijadikan alasan beribadah dan mencari pahala.

Be the first to comment on "VIRAL – Tengah Sesak Di Jalan Raya, Perbuatan Wanita Itu Dipuji Kerana…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*