Wang Kripto : Mungkin Dilarang di Malaysia Pada Akhir Tahun Ini.

Matawang Kripto adalah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan matawang. matawang kripto adalah subset bagi matawang alternatif.

Status undang-undang bagi mata wang kriptografi berbeza-beza dari negara ke negara dan masih belum jelas atau berubah di kebanyakan mereka. Sungguhpun sesetengah negara secara jelas membenarkan penggunaan dan perdagangan mereka, negara yang lain telah mengharamkan atau menyekatnya. Begitu juga, pelbagai agensi kerajaan, jabatan, dan mahkamah telah mengklasifikasikan bitcoin secara berbeza. Bank Pusat China telah mengharamkan pengendalian bitcoin oleh institusi kewangan di China semasa tempoh penerimaan pakainya yang sangat cepat pada awal tahun 2014.Di Rusia, sungguhpun kriptografi adalah sah, adalah haram untuk benar-benar membeli barangan dengan mata wang lain selain ruble Rusia.  Manakala di Malaysia, wang kripto mungkin dilarang pada hujung tahun ini. Berikut merupakan berita penuh:

 

KUALA LUMPUR: Penjualan semua wang kripto berkemungkinan dilarang di Malaysia, dan Bank Negara Malaysia akan membuat keputusan mengenai larangan itu akhir tahun ini.

“Tindakan ini (larangan jualan) akan kita putuskan akhir tahun ini,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika ditanya sama ada Malaysia juga akan mengharamkan penjualnya, seperti China.

Selain China, Korea Selatan juga mengumumkan larangan penawaran syiling permulaan, kaedah bagi syarikat pemula niaga mengumpul dana permulaan mata wang kripto.

Garis panduan yang ditetapkan oleh BNM pada akhir tahun ini dijangkakan menetapkan pendekatan negara terhadap mata wang kripto, katanya selepas pelancaran Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di sini hari ini.

Namun, jika keputusan membenarkan penggunaannya, garis panduan akan menetapkan kaedah menangani isu ini, dari segi mendaftar peserta, ‘mengumpul data serta memastikan semua (aktiviti) yang mereka lakukan akan dibuat secara (telus)’.

“Tunggulah, sekarang baru Oktober, dalam tempoh kurang dari tiga bulan, kami akan memberikan butirannya,” katanya ketika terus diminta mengulas mengenainya.

Muhammad berkata garis panduan itu juga akan menangani risiko yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia.

– BERNAMA

Be the first to comment on "Wang Kripto : Mungkin Dilarang di Malaysia Pada Akhir Tahun Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*