Wow – Peperiksaan Pensijilan Pengiktirafan Ninja Diadakan

Untuk membolehkan kita memperolehi pengiktirafan sesebuah kemahiran, kita perlulah mengambil beberapa peperiksaan dan ujian sebagai prosedur untuk anda berdaftar dan mahir dalam kemahiran tersebut.

Berbeza pula dengan ujian ini. Di Jepun, sebuah peperiksaan pengiktirafan ‘ninja’ akan diadakan buat pertama kalinya, bertempat di Zojo-ji, sebuah kuil Buddha di Tokyo.

Ujian tersebut akan menempatkan mana-mana pelajar yang layak sahaja untuk masuk ke Koga-ryu School of Ninjutsu.

Ujian tersebut terbuka kepada graduan gred kelima dan ke atas, dan berlangsung selama 30 minit dan akan ujian tersebut merangkumi segala-galanya mengenai pengetahuan sekolah tersebut, menurut At Press melalui Kotaku.

Pelajar akan menjawab lebih kurang 50 jenis soalan pelbagai pilihan, termasuklah penilaian dan keupayaan untuk membuang senjata Jepun “shuriken”.

Mata bonus juga akan diberikan kepada pelajar berdasarkan kualiti pakaian ninja yang dipakai semasa peperiksaan tersebut, kata laporan itu.

Sumber: Kotaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *