Yusuf Azmi PPIM Digelar “gila glamer” Oleh Orang Kuat Jamal. Apa Yang Mengejutkan Lagi Adalah…

Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dikenali oleh rakyat Malaysia kerana pendirian beliau yang tegas dalam memperjuangkan isu-isu rakyat tertindas, termasuklah kes penipuan skim rumah murah oleh Datuk Boy Iman (DBI).

Terbaru, beliau telah digelar sebagai “gila glamer” oleh salah seorang penyokong kuat Jamal .

Menurut status Rafi Awg Kecik di laman sosial Facebook, yang dipercayai seorang penyokong kuat Jamal, melabelkan Yusuf Azmi sebagai “gila glamer” ketika mengupas isu berkenaan Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 

 

“Kita juga cabar SPRM, Jangan duk sibuk tentang penubuhan JITN sila bertindak kerana pendedahan Mamat Palladium ini membabitkan soal rasuah, Ketua Pesuruhjaya (SPRM) jangan dok sibuk cari glamer keluar masuk TV dan akhbar saja, bagi kat Yusuf Azmi je jenis gila glamer ni…” ulas Rafi Awg Kecik melalui status Facebook beliau.

 

Apa yang mengejutkan, status tersebut DIKONGSI oleh Jamal Yunos sendiri di akaun facebook miliknya. Nampak macam abang Jamal pun bersetuju juga mengenai status tersebut.

 

Apa yang kita dapat simpulkan di sini, setelah saudara Yusuf Azmi menjadi bualan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini, dengan memperjuangkan hak kemanusiaan serta orang yang ditindas, sekaligus menenggelamkan “watak pelawak” Pak Jamal yang sebelum ini sering menghiasi laporan media-media tempatan dengan menimbulkan isu-isu dan gimik bodoh.

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*