Yusuf Azmi Serah Diri Dekat Polis, Semboyan 1 Malaysia Terus Berbunyi

Terbaru, Yusuf Azmi PPIM serah diri dekat polis. Apa sebenarnya yang terjadi disebalik semua yang telah dilakukan sehinggakan Yusuf Azmi serah diri dekat polis.

 

Kami yang membantu.tapi kami pula yang dipersalahkan.malah kami juga akan dipenjarakan…

 

 

MAKLUMAT PENTING DARI PPIM

 

Kami baru sahaja menerima maklumat bahawa esok Yusuf Azmi & Abang Ali perlu serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk didakwa berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

 

Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal atau mungkin direman sehingga 1 minggu. Kami dihujani pelbagai soalan – Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapa tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi walaupun ratusan laporan polis dibuat mangsa? Mengapa tindakan diambil keatas pembela dan bukannya keatas penjenayah?

 

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.30 pagi esok. Sila rujuk FB PPIM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.

 

07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

 

08.55 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

 

09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang

 

 

 

Sumber : Yusuf Azmi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *