Zaman Kanak-kanak Anda Osem Jika Anda Pernah Main, 10 Permainan Ini…

Dalam era kemodenan, banyak permainan yang dilupakan dan tidak lagi dimainkan apabila munculnya gadget dimata dunia. Pelbagai permainan dalam gadget yang kita tahu, namun kanak-kanak yang hidup dalam era komodenan ini tidak pernah tahu betapa riangnya kanak-kanak di zaman 80an-90an dengan penuh permainan.

 

Siapa yang hidup di zaman 80an-90an seakan dunia kanak-kanak itu sangat bermakna bagi dia. Permainan zaman dulu sangat riang dan meriah sebab kebanyakan permainan dulu tidak bersendirian seperti sekarang yang asyik main dengan sendiri, ada yang depan handphone dan ada yang asyik main dalam laptop/komputer.

 

Zaman dulu senang cari kawan bila dah bermain bersama, dulu ibubapa tak lah risau sangat dari kanak-kanak sekarang ni. Dulu lelaki perempuan bermain bersama rasa macam adik beradik dah.

 

Antara permainan kanak-kanak di zaman 80an-90an….

 

1. Gasing

Permainan gasing adalah satu permainan tradisional. Bukan sekadar permaian malahan permainan gasing juga boleh dijadikan satu pertandingan.

 

2. Sembunyi-sembunyi

permainan ini dimainkan lebih daripada dua orang dan lagi ramai lagi bagus.

 

3. Lawan Pemadam

Lawan pemadam adalah antara permainan yang cukup popular di dalam sekolah.

 

4. Permainan ting-ting

Permainan ting-ting atau dikenali sebagai permainan teng-teng atau ketinting adalah satu permainan tradisional. Permainan ini paling ramai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.

 

 

5. Meriam buluh

Permainan meriam buluh selalunya dimainkan diwaktu-waktu perayaan hari raya. Permainan ini khusus untuk kanak-kanak lelaki.

 

6. Congkak

Permainan congkak juga adalah salah satu permainan tradisional yang cukup popular. Permainan ini bukan saja untuk kanak-kanak malahan orang dewasa dan berumur juga main dengan permainan ini. Permainan congkak juga dapat menajamkan minda seseorang.

 

7. Lompat Jengkal

Permainan yang semestinya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki, namun ada sesetengah kanak-kanak perempuan yang main permainan ini.

 

8. Guli

Permainan ini juga cukup popular dikalangan kanak-kanak lelaki. Asal je terpegang guli tahu dah apa yang perlu dibuat. Sesetengah kanak-kanak perempuan juga main permainan guli ini.

 

9. Zero point

Banyak permainan yang bole dimainkan menggunakan getah, salah satu permainan adalah zero point. Permainan untuk perempuan, ada pun kanak-kanak lelaki yang main permainan ini tidak cukup ramai untuk meminati permainan zero point.

 

10. Buluh letup

Permainan ini khas untuk kanak-kanak lelaki

 

Banyak lagi permainan di zaman 80an-90an yang sangat mengembirakan,ini adalah sebahagian permainan zaman 80an-90an. Mana yang lahir dan melalui zaman permainan ini pastinya satu kenangan yang terindah di zaman kanak-kanaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *