Cara Hilangkan Kerak di Ketiak. Ini 2 Cara Mudah dan Selamat

Ketiak anda hitam?
Tentu anda mengalami masalah ini berasa malu dan kurang yakin dengan diri sendiri kan?
Masalah ini berpunca kerana mencukur dan mencabut bulu ketiak dan mungkin juga kerana bahan kimia yang terdapat pada deodorant yang anda gunakan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda cuma memerlukan baking soda untuk mencerahkannya semula.
Cara 1 :
Campurkan air dengan baking soda secukupnya. Campurkan keduanya sehingga menjadi scrub. Kemudian, lumurkan di ketiak 2 kali sehari selepas mandi. Biarkan selama 10 minit dan bilas menggunakan air bersih.
Amalan ini boleh diteruskan sehingga ketiak menjadi putih. Hentikan pemakaian sekiranya ketiak anda sudah menjadi cerah semula. Pemakaian baking soda secara berterusan  boleh menyebabkan radang pada kulit.
Cara 2 :
Campurkan baking soda dengan air cuka ataupun perahan limau. Campuran tersebut boleh digunakan untuk disapu pada ketiak anda. Biarkan 15 minit hingga setengah kering.
Gosok ketiak anda. Sekiranya telah berpuas hati. Anda bleh membilasnya dengan air.
Peringatan :
Penggunaan baking soda secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *