Mesin Basuh Tersumbat. Bimbang Suami Membebel,Seorang Isteri Nekad Baiki Sendiri.

Memiliki isteri yang memahami seorang suami antara faktor kebahagiaan sebuah rumah tangga. Siapa kata seorang isteri tak pandai membaiki sendiri alatan rumah? Ummu Nafisah, dalam FB beliau menceritakan sendiri kenekadan beliau untuk membaiki sendiri mesin basuh beliau. Ini kerana beliau secara tak sengaja telah menghilangkan warranty card.

Mesin basuh yang digunakan beliau adalah mesin basuh semi manual. Masalah yang dihadapinya adalah mesin tersebut tersumbat. Drain bermasalah.Jadi, air akan bertakung dan terpaksa menggayung untuk membuang air tersebut.

Caranya:
1)Tutup suis untuk elakkan kejutan elektrik. Anda juga dinasihatkan untuk memisahkan soket daripada plug.

2)Buka penutup mesin di bahagian belakang.

3)Buka drain dalam bulatan merah

4) Anda akan melihat kotoran yang amat dahsyat di dalamnya.

5)Bersihkan kotoran didalamnya.Bersihkan dengan cara lalu kan air sahaja.

6) Pasang balik seperti biasa.

7) Tutup semula mesin

8) Penuhkan dengan air dan pulas button drain anda

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *