Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018

Berminat untuk menjadi salah seorang tentera darat? Berita baik untuk semua calon yang berminat menyertai Tentera Darat Malaysia, permohonan untuk menjadi Perajurit Muda kini dibuka dari 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018. Permohonan Perajurit Muda ini dibuka secara atas talian dan merupakan siri pengambilan ke 186 lelaki dan siri ke 44 wanita.

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengikuti pemilihan awal yang bakal diadakan dari 13 hingga 22 Januari 2018 yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia mengikut zon pemilihan. Sebarang pengumuman boleh diperiksa di portal rasmi Angkatan Tentera Malaysia disini.Calon yang berjaya pada pemilihan awal akan ditawarkan sesi pemilihan akhir.

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018

Calon yang berminat boleh mengikuti pemilihan awal. Pastikan anda melepasi syarat-syarat berikut :

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/
MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU Kod 1104 dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/MATEMATIK/ SAINS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan LULUS dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM
(KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf
KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak
mendapat sijil diperingkat SPM.

6.Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

WANITA
1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA
INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada
peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN untuk subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

8. Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018

Semoga artikel kali ini membantu anda untuk memohon sebagai Perajurit Muda Tentera Darat 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *